About Us
Pengenalan Produk & Perkhidmatan
Perkataan ” Tiram ” yang bermaksud ” Di sumbat penuh dengan sambal Asam jawa “. Sambal yang di hasilkan adalah ciptaan resepi arwah moyang dan diwariskan oleh arwah ayah kepada ibu pengusaha, iaitu Puan Umai Salamah Tahassam dan dikomersial oleh anak beliau Puan Dayang Suhanah Harun
Selain itu, ” Tiram ” juga adalah dari keturunan nenek moyang beliau yang berbangsa Brunei. Nama itu dikekalkan sehingga saat ini. Setelah produk semakin dikenali dan berjaya dikomersialkan, perkataan ” Berapi ” di tambah bagi menggambarkan bahawa rasa ikan tersebut sedikit pedas.
Jesteru, dari situlah bermulanya jenama produk ” Tiram Berapi ” untuk Ikan Kering Bersambal Tiram Berapi.Kini Di komersial oleh Puan Dayang Suhanah anak arwah hampir 4 Tahun.
Kami berkongsi RASA Dan REZEKI memberi kebahagiaan Dan manfaat pada semua..salam sayang Dari Kak Dayang.
Al Fatihah buat Ayahanda Harun Mohd Gashim
& Kekanda sulung Samad Harun..
Puan Dayang Suhana Harun
Produk Keluaran Tempatan
Traditional Heritage
sejak 1960
Semporna
OBJEKTIF
1. Mencipta peluang perniagaan dalam industri pelbagai makanan hasil ikan kepada usahawan khasnya bumiputera di Sabah.
2. Membangunkan satu konsep perniagaan rangkaian makanan hasilan ikan yang mempunyai satu tahap bertaraf antarabangsa.
3. Membangunkan proses dan teknologi makanan hasilan ikan untuk pasaran runcit tempatan dan antarabangsa.
4. Menyediakan perkhidmatan latihan berkonsepkan dalam pertabiran dan teknikal dalam industri makanan dan teknologi makanan.
5. Menjadi pengusaha pemprosesan ikan segar Bumiputera yang mempunyai daya saing yang kuat dan menjamin kualiti makanan yang bermutu tinggi, halal dan memenuhi kehendak pelanggan.
VISI
Menjadi peneraju utama bagi perusahaan hasilan ikan segar di Semporna, Sabah hingga ke seluruh pelusuk dunia, seterusnya beriltizam untuk menjadi diantara pengeluar dan pemasaran produk makanan yang dijamin Halalan Toyyiban di Malaysia.
MISI
Mengekalkan warisan berzaman agar tidak pupus di telan zaman dan generasi muda masa kini tidak melupakan makanan tradisi suku kaum sendiri.
Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek pemprosesan makanan sejuk beku hasilan ikan yang berkualiti serta membekal produk makanan halal dan menepati citarasa tempatan dan antarabangsa.
PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan semua produk keluaran syarikat diproses menepati Visi syarikat.
2.Memastikan semua produk keluaran syarikat menepati citarasa pelanggan.
3. Memastikan setiap tempahan mengikut jadual dan menepati masa perjanjian
4. Memastikan layanan pihak syarikat yang terbaik kepada pelanggan.