cara pembuatan

Proses pertama - Pembersihan

Ikan yang segar ditangkap, dikumpulkan dikilang dan sedia untuk dibersihkan.

Sisik ikan akan dibuang dan perut ikan dibuang.

Semua ikan akan dibersihkan dengan air bersih.

Proses kedua - Penyediaan sambal

Setelah itu ikan akan disumbat sambal asam jawa di tengah-tengah ikan.

Proses ketiga - Pengeringan

Ikan yang sudah dibersihkan dan disumbat sambal asam jawa akan disusun untuk proses pengeringan. Ikan-ikan akan di tutup menggunakan dawai bagi mengelakan ikan daripaada tercemar.

Proses keempat - Pengeringan

Selain pengeringan secara menjemur di bawah matahari, kami juga menggunakan mesin pengering. 

Proses kelima - Pembungkusan

Ikan yang kering sepenuhnya akan dikumpul dan siap untuk dibungkus.

Proses terakhir - Penghantaran

Ikan-ikan yang siap dibungkus akan dihantar ke cawangan kedai yang terpilih.

Ikan tiram berapi enak digoreng begitu sahaja atau mengikut kreativiti anda masing-masing.